Wednesday, 16 May 2012

Idaman Pembaca 2


Alhamdulillah. I sungguh gembira!!! Yay!!!
I sempat pegi KL for the Pesta Buku@PWTC on 05 May 2012 untuk memiliki novel Laksamana Sunan yang terakhir - Sunan Musafir. Sampai ajer terus pegi PWTC=)
It so totally worth it!!


muka nampak letih tapi so happy la!

Tiba disana, buku hardcover sudah pon habis. I tetap gembira kerana penulis Ramlee Awang Murshid
is in da house. Yay!


Aper lagi, cepat2 beli buku dan terus meluru beratur for Ramlee Awang Murshid la. Queue super panjang ok. Tak mengapa la. Cos thats why im dere for :) Ader juga yang mula membaca sambil beratur. Hehehs!



Honestly, i nampak cuma queue Ramlee Awang Murshid ajer yang paling panjang. WaHhhhhhHHH!!!  Banyak peminat Ramlee Awang Murshid termasuk saya lah! 

I angkut semua kelima-lima series Laksamana Sunan from home so Ramlee Awang Murshid can sign tapi semua pembaca dihad tiga buku sahaja. So i choose Bagaikan Puteri, Cinta Sufi dan Sunan Musafir.

tgk gambar nie baru realised muka abit sedih cos only 3 novel ajer boleh sign.

terlonjak-lonjak hatiku...control control...maintain...lol!!

Bila tiba giliran saya, ku tersenyum bagai ajer. Otak dan hati suruh cakap tapi mulut terkedu! LOL. Im just excited. Aaduiii.. Confirm muka ni nampak merah ala2 blush-blush gitu. Seriously i shud say something to him. Haha!! Jadinya, i just 
meng-observe Ramlee Awang Murshid menulis namaku dan sign buku tu.

T-Shirt i love Sunan!! 
Ramlee Awang Murshid memakai t-shirt I love Sunan. Perghhh i pon nak!


WWweeee.. bestla! Seronok Sangat!

My wish came true!
Terima Kasih Encik Ramlee Awang Murshid kerana sudi turun ke Pesta Buku dan tak jemu2 menandangani buku-buku novel untuk semua peminat yang hadir.


Laksamana Sunan Complete Set


1. Bagaikan Puteri
2. Cinta Sang Ratu
3. Hijab Sang Pencinta
4. Cinta Sufi
5. Sutera Bidadari
6. Sunan Musafir

___________________________________________________________________


Brief Description of Laksamana Sunan.

Pada kurun ke 15, ada seorang lelaki Melayu bernama Saifudin - adalah watak utama novel ini dan dia digelar Laksamana Sunan kerana agamanya dan ilmu persilatannya yang sangat ampuh.

Laksamana Sunan adalah seorang lelaki yang tampan, warak, penyayang, baik hati dan sangat penyabar orangnya. Laksamana Sunan yang sentiasa takut pada Allah dan lebih tegas kepada musuh. Dia mengembara untuk memburu mahluk-mahluk yang menyesatkan manusia. 

Walaubagaimanapun, Laksamana Sunan tidak terlepas dengan dugaan Tuhan.  Pengembaraannya telah mengundang banyak pancaroba namun dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia. 

Dalam pengembaraanya, beliau bertemu dengan ; Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang, Bangsa Polip, Taghut etc dan tidak lupa juga kepada wanita yang menamba cintanya- Haryani,Luna,Ratna dan Catalina. Laksamana Sunan pernah juga ke alam dimensi abad ke-21 yang sukar diterima logik akal. 

Adakah Laksamana Sunan akan berjaya menumpaskan musuh-musuhnya? Adakah dia akan jatuh cinta? Bagaimanakah kesudahannya?

Anda harus la baca untuk tahu lebih lanjut. Pastikan anda ada semua ke-enam novel tu ya:)

___________________________________________________________________

Saya amat tertarik dengan watak Laksamana Sunan. Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid telah berjaya menggentar perasaan dam memanipulasi emosi pembaca. Saya percaya Laksama Sunan series ni akan menyerap dalam kehidupan semua pembaca dan peminat Ramlee Awang Murshid.

Buktinya? 
Lihat sahajalah queue yang panjang untuk Ramlee Awang Murshid menunjukkan buku novelnya amat POPULAR. Rugi pada sesiapa yang belom membaca novel ini.

I rasa queue macam forever never ends gitew :) 

Saya bersyukur kerana menemui buku novel hasil Ramlee Awang Murshid. Ia juga indirectly juga mendekatkan lagi saya kepada Allah.

Saya belom habis baca novel Sunan Musafir. Buat suspens.. Hehehs!! Saya akan membaca pada cuti sekolah bulan Jun nanti sikit demi sedikit. Hehehs.. Macam episod drama gitew.. Bolehla mengisi masa lapangku waktu cuti sekolah nanti. Lalalalala... Sungguh gembira tak terkata. I akan share apa pendapat I tentang novel Sunan Musafir soon.

Saya sarankan untuk semua yang meminat baca buku, bacalah series Laksamana Sunan dan juga buku novelnya yang lain. Selamat Membaca kawan semua:)